Samsung telah pun melangkaui pengenalan Galaxy S22 FE, dan terdapat pelbagai desas-desus mengatakan Samsung mungkin menamatkan siri peranti berkenaan – dan memfokuskan kepada siri Galaxy A7x sebagai penggantinya.
Namun, mengikut laporan dari Korea Selatan, kini Samsung sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan siri Galaxy S23 FE seawal pertengahan kedua 2023 ini.

Pada masa yang sama, ia diperkatakan Samsung mungkin tidak memperkenalkan siri Galaxy A7x pada tahun ini, yang mana bermakna mungkin tiada Galaxy A74 diperkenalkan kepada umum.
Apa pun, ini sekadar laporan awal sahaja, dan tiada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Samsung buat masa ini,