Cari @ Amanz

Susan Wojcicki Akan Meletakkan Jawatan Sebagai CEO YouTube Pada Bulan Mac Ini

Oleh Nazrin

Link Copied!

Apabila bercakap mengenai perkembangan YouTube sebagai platform penstriman video terkemuka, Susan Wojcicki ialah diantara nama yang paling penting dalam sejarah platform tersebut.

Terkini, selepas 25 tahun bersama Google dan 9 tahun sebagai CEO YouTube, beliau telah mengumumkan bahawa dia akan berundur daripada jawatan tersebut pada bulan Mac 2023 ini. Sebab pengunduran beliau ialah kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga, dan juga mahu memberi fokus terhadap kesihatan dan juga produk-produk peribadi.

Menggantikannya ialah Neal Mohan, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Produk di YouTube dan telah bekerja bersama Susan selama 15 tahun sebelum ini.

Walaupun Susan akan meletakkan jawatannya sebagai CEO, beliau masih akan bekerjasama bersama sejumlah pasukan pembangun YouTube dalam masa terdekat ini dan masih akan menjadi penasihat kepada Sundar Pichai, CEO Google.


Komen ()