Cari @ Amanz

Samsung Mempatenkan Jam Tangan Dengan Projektor Terbina

Link Copied!

Jam tangan pintar moden boleh menjejak nadi, pola tidur, ECG, kitaran haid, tekanan darah dan peratusan lemak dalam badan. Kesemua ciri ini canggih tetapi muka jam pintar masih lagi sama dengan jam tangan analog. Di masa hadapan jam tangan pintar Samsung mungkin akan lebih mirip dari dunia sains fiksyen jika paten terkini yang difailkan menjadi kenyataan.

Paten yang difailkan awal bulan ini menunjukkan terdapat projektor pada sisi tubuh jam. Menerusi sistem ini, segala maklumat jam akan dipancarkan pada bahagian belakang tangan pemakai. Pada waktu yang sama jam masih mengekalkan skrin kecil sekiranya sistem projektor tidak diaktifkan.

Idea yang menarik tetapi beberapa percubaan sebelum ini dengan sistem yang sama tidak begitu memberangsangkan. Pada waktu siang, imej yang dipaparkan tidak terang dan sistem ini juga memakan bateri yang tinggi. Kewujudan paten tidak bermakna ia akan menjadi produk sebenar. Maka jika anda mengidam jam ini jangan kecewa jika ia tidak muncul dalam masa terdekat.

Sebelum ini Samsung hanya pernah mengeluarkan Galaxy Beam yang merupakan telefon pintar dengan projektor pada bahagian atas. Ia tidak begitu popular dan produk telahpun dihentikan pengeluarannya.


Komen ()