Cari @ Amanz

Bing Baharu Kelak Akan Ditawarkan Untuk Pelayar Web Lain

Link Copied!

Bing baharu adalah enjin carian yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan iaitu GPT-4.0. Selain daripada carian yang lebih hebat, ciri seakan ChatGPT yang membenarkan pengguna berbual dengan Bing turut diintegrasikan.

Bing baharu masih lagi dalam ujian dan ketika pengenalan, dalam masa 48 jam terdapat lebih 1 juta orang mendaftar untuk menunggu giliran menerima akses. Yusuf Mehdi, selaku eksekutif pemasaran Microsoft memberitahu pengguna yang telah daftar harus terus tunggu dan bersabar kerana Bing baharu memilih pengguna yang layak secara perlahan.

Hanya mereka yang menggunakan pelayar web Edge, menggunakan Bing sebagai enjin carian lalai dan aplikasi Bing dipasang pada peranti mudah alih masing-masing akan layak menggunakannya terlebih dahulu. Bing baharu ini juga sedang diuji pada 169 negara.

Tetapi akan datang, Microsoft akan menawarkan Bing yang lebih pintar ini kepada pelayar web lain, tidak terhad kepada Edge sahaja. Cuma masih tiada sebarang kepastian bila penawaran ini akan dimulakan. Adakah anda sudah dapat menggunakan Bing baharu? Dalam cubaan saya, ciri ini nampak menarik.


Komen ()