Cari @ Amanz

TikTok Trivia Dilancarkan Dengan Hadiah $500,000

Link Copied!

TikTok ialah platform media sosial yang paling popular di kalangan remaja. Bagi mengekalkan jumlah pengguna mereka menawarkan pelbagai ciri baharu dan bayaran kepada pengkarya. Di Amerika Syarikat, TikTok Trivia telah diumumkan dengan ia menawarkan hadiah mencecah $500,000.

TikTok Trivia ialah rancangan kuiz interaktif yang boleh diakses pengguna di negara tersebut. Ia dilakukan selama lima hari berturut-turut dengan pengguna mengumpul markah yang tertinggi akan menerima hadiah yang lumayan. Setiap soalan perlu dijawab dengan betul oleh peserta bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Beberapa sesi dilakukan sehari dengan trivia pertama dibawakan bersama Lionsgate sempena filem John Wick Chapter 4. 

Pada masa ini ciri ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja dengan tiada pengumuman ia akan dikembangkan kepada semua pengguna global.


Komen ()