Cari @ Amanz

Anker Memanggil Semula Anker 535 Power Bank A1366 Atas Risiko Mungkin Terbakar

Oleh Aman

Link Copied!

Anker kini memaklumkan kepada para pengguna, yang mana sejumlah kecil produk Anker 535 Power Bank 1366 ditarik semula, kerana mempunyai risiko menjadi panas dan mungkin terbakar.

Bagi anda yang mempunyai peranti berkenaan, anda diminta semak sama ada model anda adalah A1366 atau sebaliknya pada bahagian belakang power bank tersebut.

Sekiranya anda menggunakan model A1366, maka anda dinasihatkan untuk berhenti menggunakan ia serta-merta. Seterusnya anda diminta menghantar ia dipusat yang melupuskan bateri Lithium.

Pengguna seterusnya boleh melayari laman khas Anker dalam mendapatkan pulangan wang pembelian power bank tersebut.

Sumber : Lowyat

Komen ()