Carian
Microsoft Menyokong Windows 11 Secara Rasmi Pada Mac Dengan Cip M1 Dan M2
February 17, 2023 Effi Saharudin

Microsoft akhirnya memberikan sokongan secara rasmi untuk sistem operasi Windows 11 yang digunakan pada komputer macOS yang dilengkapi cip M1 dan M2. Ini dilakukan menerusi Parallel Desktop 18 yang terkini yang akan membolehkan Windows versi ARM dipasang.

Selama ini Microsoft tidak menjual lesen Windows versi ARM kepada pengguna. Ini ialah langkah yang akan memudahkan pengguna komputer macOS menjalankan sistem operasi sekunder walaupun menerusi implementasi VM.

Parallel Desktop telah menyokong Windows ARM sejak versi 16.5 tetapi pengguna perlu menjalani proses yang leceh. Dengan wujudnya sokongan rasmi daripada Microsoft sendiri, pemasangan boleh dilakukan dengan beberapa klik sahaja lengkap dengan sokongan trusted platform module (TPM) dan Secure Boot.

Komen