Cari @ Amanz

Soundbar kompak LG Eclair telah dilancarkan di Malaysia hari ini dengan ia dijual pada harga RM2799. Walaupun kecil Eclair ialah sebuah soundbar dengan sistem audio 3.1.2 lengkap dengan sokongan Dolby Atmos dan DTS:X.

Produk ini baru sahaja diumumkan di CES pada bulan lalu. Walaupun hanya sebesar 296 x 59.9 x 126mm ia boleh menawarkan audio yang menyeluruh. Dari segi saiz menurut LG ia adalah hanya 1/3 saiz soundbar terkecil mereka sebelum ini iaitu SP8YA. Ia dipadankan juga dengan sebuah subwoofer 200W. Berat soundbar ini sahaja ialah 1.5 kilogram.

Tubuh Eclair adalah bujur dengan kemasan fabrik berwarna hitam atau putih ditawarkan. Menerusi LG AI Sound Pro pula, audio akan ditala mengikut saiz ruang dan kandungan yang dimainkan. Terdapat port eARC bagi membolehkan audio resolusi tinggi sebenar dinikmati. Bagi pemilik TV pintar LG, sistem Sound Mode Share disertakan sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd