Meta telah menawarkan cermin mata pintar Ray-Ban stories yang dilengkapi kamera. Ini merupakan usaha pertama mereka untuk menawarkan cermin mata pintar kepada umum. Produk ini tidak begitu dipasarkan dengan meluas kerana kurangnya ciri yang benar-benar menarik. Kini muncul laporan Meta sedang membangunkan pembantu maya khusus untuk cermin mata pintar mereka yang seterusnya berdasarkan paten yang difailkan.

Pembantu maya baharu ini boleh diberikan arahan untuk mengingatkan pemakai untuk membeli barangan dapur seperti susu. Apabila kamera cermin mata pintar mengesan wujudnya kedai, pembantu maya akan mengingatkan pemakai untuk membeli susu. Arahan juga boleh diberikan untuk peringatan memberitahu sesuatu kepada ahli keluarga. Sekiranya wajah dicam, sekali lagi peringatan akan diberikan.
Ia turut boleh memberikan peringatan kepada pemakai apabila mengesan hari akan hujan sebelum mereka keluar dari rumah. Pada waktu ini pembantu maya baharu ini sedang diuji pada Ray-Ban Stories sedia ada dengan ia mungkin akan digunakan pada model seterusnya.