Menteri : Projek Perintis Sistem Pelbagai Mod Bayaran Di Plaza Tol Akan Dilaksana Secepat Mungkin
Aman
Menteri Kerja Raya kini berkongsi mengatakan projek perintis yang akan membolehkan pelaksanaan sistem pelbagai mod tanpa bergantung kepada satu sistem bayaran tunggal akan dilaksanakan secepat mungkin.
Langkah ini perlu dilakukan dalam mengkaji implikasinya, sebelum sistem tersebut dapat dimuktamadkan.

Buat masa ini, sistem pembayaran tol bergantung kepada sistem melalui Touch n Go – termasuk SmartTAG dan RFID yang berjalan di atas sistem TNG.
Ia tidak diketahui lagi sistem lain apakah yang akan dipertimbangkan untuk pelaksanaan. Secara teknikal, pembayaran melalui kad debit atau kredit mengambil masa pengesahan beberapa saat yang lebih lama berbanding TNG.
Kerajaan menyasarkan dapat melaksanakan sistem pembayaran pelbagai mod sebelum melaksanakan sistem kutipan tol tanpa henti atau aliran tanpa palang tol.
[sumber]Sumber : Bernama[/sumber]