Maybank hari ini memaklumkan para pengguna untuk mengemaskini aplikasi mudah-alih mereka di iPhone, sekaligus meneruskan perkongsian resit melalui WhatsApp.
Sebelum ini, setiap kali pengguna aplikasi perbankan menghadapi masalah untuk berkongsi resit terus melalui WhatsApp, dan terpaksa menggunakan beberapa alternatif seperti merakamkan skrin atau menyimpan terlebih dahulu resit pada peranti sebelum kongsikannya.
Melalui kemaskini terbaru ini, Maybank menyatakan aplikasi telah ditambah-baik untuk beroperasi bersama versi WhatsApp terkini.