Cari @ Amanz

Razer kini hadir dengan papan kekunci mekanikal baharu menerusi BlackWidow V4 Pro. Ia direka dengan pelbagai pilihan penyesuaian yang memfokuskan terhadap pengalaman permua yang lancar. Seperti sebelum ini, pengguna turut boleh memilih di antara suis Razer Green Mechanical atau suis Razer Yellow Mechanical melaluinya. Suis papan kekunci ini juga telah diuji dengan seratus juta kali ketukan bagi membolehkannya bertahan lama dengan penggunaan yang konsisten.

Selanjutnya ciri utama menarik pada papan kekunci ini terletak pada ciri Razer Command Dial dengan lapan mod lalai yang memberi kawalan dan pintasan utnuk aplikasi pada dekstop dan sesi permainan. Ini termasuklah keupayaan melaraskan kecerahan papan kekunci, menukar aplikasi, menukar tab atau zum pada skrin. Di samping itu, ia juga didatangkan dengan lapan kekunci makro khusus yang membolehkan kawalan lebih kompleks, selain turut boleh dikostumasi menerusi perisian khusus.

Seterusnya terdapat juga ruang meletakkan tapak tangan yang boleh dipasang secara magnetik bersama tubuh yang diperbuat daripada aluminium tahan lasak. Selain itu, empat sistem kawalan media dalam bentuk roda berputar turut disediakan pada papan kekunci ini. Pelbagai jenis pencahayaan RGB yang boleh dikostumasi juga disediakan yang mana boleh bertindak balas mengikut situasi semasa dalam sesebuah sesi permainan.

Tidak ketinggalan, papan kekunci mekanikal ini turut memuatkan sambungan USB-C yang boleh ditanggalkan. Hasil semakan kami menerusi laman web rasmi Razer Asia, papan kekunci ini dijual pada harga RM1,149 seunit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd