Sejak kemunculan telefon pintar yang mempunyai skrin boleh dilipat, satu isu utama adalah kesan lipatan skrin pada engsel peranti tersebut. Manakan tidak, bagi menjimatkan ruang, mengekalkan ergonomik, dan membawakan kecanggihan kepada pengguna, isu kesan lipatan skrin merupakan salah satu isu paling mencabar yang harus diselesaikan pengeluar.
Ini kerana kesan lipatan yang wujud boleh mengganggu pengalaman penggunaan peranti, dan ini tidak seharusnya berlaku apabila pengguna telahpun membelanjakan sejumlah wang, hanya untuk melihat kepada permasalahan kosmetik ini. OPPO bukanlah yang pertama muncul dengan peranti boleh lipat, namun atas hasil kajian dan kecanggihan teknologi yang dibangunkan, Engsel Flexion pada generasi terkini siri peranti boleh lipat mereka telah berjaya menampilkan engsel dengan skrin yang menampilkan kesan lipatan yang sangat minimum dalam industri ini, berbanding dengan lain.
Flexion Hinge – Jawapan OPPO Untuk Engsel Peranti Skrin Boleh Lipat, Tanpa Kesan Lipatan Yang Ketara
OPPO pertama kali membangunkan teknologi skrin boleh lipat seawal tahun 2018 dan hanya pada tahun 2020, mereka tampil dengan OPPO X 2021 yang merupakan titik tolak kepada perkembangan teknologi yang mereka bawakan pada telefon skrin lipat mereka yang terkini, iaitu OPPO Find N2 Flip. Engsel Flexion terkini adalah generasi terbaharu, yang turut menampilkan rekaan yang lebih kecil dan kompak, membenarkan lebih banyak komponen lain dimuatkan dalam peranti ini.
Engsel Flexion terbaharu ini juga turut membolehkan OPPO Find N2 Flip ini boleh dilipat tanpa sebarang ruang diantara kedua-dua skrin. Justeru tiada sebarang objek yang boleh terselit, atau terkepit diantaranya, malah jika diletakkan secara rata, ia juga dilihat lebih seragam dan kemas berbanding peranti boleh lipat yang lain.
Dan dari sudut mana sekalipun apabila anda melihat pada peranti dibuka dengan skrin boleh lihat yang terpampang, anda pastinya tidak dapat mengecam kesan lipatan pada sekali pandang. Ini merupakan bukti untuk kecanggihan teknologi yang OPPO bawakan hasil dari kajian mereka bertahun lamanya.
Dengan Engsel Flexion Yang Kecil, Lebih Banyak Komponen Dapat Dimuatkan
Berkat dari kecanggihan Engsel Flexion yang kecil, dan menjimatkan ruang, OPPO turut mampu untuk menyertakan lebih ruang untuk komponen lain seperti bateri. Ini dijayakan oleh rekaan engsel baharu membawakan bahan yang mampu menahan tekanan tinggi sehingga 15%, menggunakan fiber karbon yang mempunyai ketahanan yang sama dengan bahan yang digunakan pada kapal terbang.
Apabila bahan yang mempunyai ketahanan sama dengan kapal terbang, digunakan pada badan engsel ini, ia dapat memastikan engsel ini kuat dan bertahan untuk pembukaan dan penutupan yang kerap, namun masih tidak membuatkan peranti ini berasa berat.
Satu lagi cara untuk Engsel Flexion tidak menampilkan kesan lipatan yang ketara adalah bagaimana cara ia dilipat, yang menghasilkan bentuk seakan titisan air. Bentuk ini mempunyai sudut lipatan yang lebih besar, namun tidak akan menghasilkan kesan lipatan skrin yang ketara. Malah bentuk ini juga memastikan skrin tidak akan berubah bentuknya.
Dibantu dengan teknologi dan kecanggihan engsel ini, ia mempunyai ketahanan yang tinggi malah diuji sehingga 400,000 lipatan oleh TÜV Rheinland, dan 400,000 ujian lipatan ini adalah bersamaan penggunaan kebiasaan selama 10 tahun. Menurut OPPO, secara kasarnya pengguna akan membuka telefon skrin lipat sekitar 100 kali setiap hari.
OPPO Find N2 Flip Padat Dengan Teknologi
Jika dikirakan dengan saiz peranti, serta saiz Engsel Flexion generasi baharu yang kecil dan masih mampu menyertakan skrin hadapan yang besar serta bateri 4,300 mAh yang turut menyertakan teknologi pengecasan pantas 44W SuperVOOC, jelas sekali OPPO Find N2 Flip merupakan satu peranti yang kecil, namun dengan teknologi yang menyamai peranti bersaiz besar yang lain.
OPPO mungkin bukanlah yang pertama hadir dengan telefon pintar disertakan skrin boleh lipat, namun peranti boleh lipat terbaharu mereka iaitu OPPO Find N2 dan OPPO Find N2 Flip merupakan bukti terbaik mengapa ‘menjadi yang pertama bukanlah menjanjikan kemenangan’. Dengan teknologi buatan OPPO, pastinya pengguna mempunyai lebih banyak pilihan dalam memilih peranti boleh lipat tahun ini.
- Ketahui Lebih Lanjut: OPPO Find N2 Flip
- Anda Juga Boleh Mencuba Model 3D : OPPO Find N2 Flip
Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia