Samsung sedia menawarkan pembantu maya Bixby melalui peranti mereka, sejak beberapa tahun lepas. Menariknya, kini dengan populariti kecerdasan buatan meningkat naik, Samsung menjadi antara terawal memperkenalkan pembantu maya yang dioptimasikan khusus untuk pengguna kanak-kanak.

Melalui Bixby untuk kanak-kanak ini, ia boleh digunakan untuk mereka berumur bawah 13 tahun, dan memaparkan kandungan yang selamat untuk kanak-kanak untuk sebarang persoalan yang ditanya.
Disamping itu, Bixby untuk kanak-kanak juga boleh membacakan cerita, memainkan muzik, serta menawarkan akses kepada permainan mesra kanak-kanak.
Untuk mengaktifkannya, pengguna perlu mengakses ia melalui akaun Samsung, dan mencipta sebuah kumpulan keluarga, dan menetapkan akaun kanak-kanak.
Buat masa ini, Samsung menawarkan Bixby untuk kanak-kanak ini khusus di Amerika Syarikat dan juga Korea Selatan. Ia dikatakan akan diperluaskan secara berperingkat ke negara-negara lain.