Elon Musk sedia mengkritik arena kecerdasan dan robotik beberapa kali. Kini, dengan populariti ChatGPT, Elon Musk mengatakan yang mana kecerdasan buatan mungkin akan menjadi salah satu risiko untuk peradaban dan tamadun manusia akan datang.
Elon Musk menyatakan ia menawarkan kebaikkan atau keburukkan tersendiri, serta menjanjikan pelbagai kemampuan melaluinya. Namun, bersama-sama dengannya turut hadir salah satu bahaya atau cabaran yang besar.
Elon Musk turut menambah mengatakan pada hari ini tiada sebarang rangka-kerja atau had yang ditetapkan dalam memastikan apa yang boleh dilakukan oleh kecerdasan buatan – berbeza dengan industri seperti pembangunan kereta, perubatan dan sebagainya.
Elon Musk sebelum ini turut merupakan pembangun terawal OpenAI, tetapi menarik diri daripadanya. Kini, Elon Musk tiada lagi sebarang pegangan pada OpenAI, atau mengawalnya. Elon Musk turut menyatakan OpenAI, syarikat disebalik ChatGPT pada awalnya dibangunkan sebagai firma sumber terbuka, tetapi kini ia telah diubah kepada bentuk berasaskan keuntungan.