Selepas Twitter, kini Meta dalam perancangan untuk memperkenalkan penawaran langganan berbayar mereka tersendiri, dinamakan Meta Verified.
Melalui halaman bantuan Instagram, ia telah dinyatakan terdapat dua kaedah pengguna boleh mendapatkan lencana “Verified” berwarna biru pada profil mereka – sama ada melalui langganan Meta Verified, atau dengan memohon secara manual seperti sedia ada.
Buat masa ini, pembayaran yang akan dikenakan untuk Meta Verified ini masih tidak diketahui.
Selain tanda calit biru pada profil, langganan Meta Verified ini juga akan memberikan akses pantas untuk khidmat pelanggan, selain beberapa penawaran tambahan, termasuk pelekat eksklusif melalui IG Stories.