Carian
Samsung Message Guard Dilancarkan Bagi Menghalang Serangan Klik Sifar
February 20, 2023 Effi Saharudin

Serangan klik sifar (zero click) berlaku apabila imej yang diterima menerusi aplikasi pemesejan mengandungi kod hasad yang membolehkan sistem komputer diambil alih oleh penggodam. Ia berlaku semakin kerap kerana ramai menyangka menekan imej yang diterima adalah selamat.

Bagi pengguna peranti Samsung, Samsung Message Guard telah dilancarkan oleh dengan ia menjadi pertahanan akhir mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penggodam. Menerusi Samsung Message Guard, sebaran imej yang diterima menerusi Samsung Message dan Samsung Google Messages akan disimpan di dalam sandbox yang terasing daripada keseluruhan sistem operasi.

Dengan ini sebarang kod hasad yang dibenamkan di dalam imej tersebut tidak akan dapat menjangkiti sistem operasi peranti. Samsung Message Guard kemudian melakukan pemeriksaan ke atas imej tersebut untuk memastikan ia selamat. Kesemuanya dilakukan di latar belakang tanpa perlu diaktifkan oleh pemilik peranti.

Samsung Message Guard kini sudah diberikan kepada peranti siri Galaxy S23 dan akan diberikan kepada peranti Samsung yang lain secara berperingkat.

Komen