Mengikut data JPJ, 402,626 nahas jalan raya telah direkodkan pada tahun 2022 yang menyebabkan 4,379 kematian. Ini adalah peningkatan 52% berbanding tahun 2021. Majoriti kematian melibatkan penunggang kenderaan dua roda kerana kurangnya perlindungan pada tubuh apabila mereka terlibat dalam kemalangan.

Mo’cycle, sebuah syarikat dari Sweden telah melancarkan AirBag Jeans yang mempunyai sistem beg udara terbina bagi mengelakkan kecederaan kepada bahagian bawah tubuh pemakai. AirBang Jeans kelihatan seperti seluar jeans biasa dalam keadaan biasa. Apabila dipicu oleh kemalangan, ia mengembang dalam beberapa milisaat untuk memberikan perlindungan kepada bahagian kaki, paha dan pinggang penunggang.
Beg udara dikembangkan menggunakan botol karbon dioksida yang boleh diganti selepas digunakan. Selain AirBag Jeans, AirBag Vest juga ditawarkan oleh Mo’cycle bagi memberikan perlindungan pada keseluruhan tubuh.
AirBag Jeans akan dijual pada harga 349 Euro (~RM1652)dengan ia kan mengumpil dana menerusi laman biayasama Indiegogo pada penghujung bukan ini.