Vivo kini dalam perancangan hadir dengan sebuah lagi peranti baharu buat pengguna di Malaysia. Dikenali sebagai Vivo V27e, peranti kelak meneruskan legasi sistem pengimejan mudah alih yang menarik dengan fokus terhadap penggambaran portrait dan pencahayaan rendah.

Rekaannya juga telah diperlihatkan dengan elemen yang sepenuhnya mirip dengan sebuah Vivo S16e sebelum ini. Melaluinya ia menggunakan tubuh berkotak bersama skrin rata. Panel hadapan adalah sejenis berlubang dengan sokongan kamera swafoto tunggal, di samping saiz bezel agak kecil pada bahagian sisi dan atas peranti.
Panel belakang pula menempatkan sistem tri-kamera dengan sensor utama 64MP yang turut menyokong sistem OIS secara terbina. Tidak ketinggalan, ia juga mempunyai LED Flash berbentuk bulat seumpama yang terdapat pada Oppo Reno8 Pro sebelum ini.

Kalau diikutkan, peranti ini belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran. Malahan butiran mengenai spesifikasi dalaman juga masih tidak diketahui secara khusus. Pun begitu, Vivo pasti mendedahkan dengan lebih lanjut dalam masa terdekat ini.