Carian
Ookla – Kelajuan Internet Malaysia Ke-36 Terpantas Dan Melepasi Purata Kelajuan Dunia
February 20, 2023 Effi Saharudin

Internet ialah sebahagian daripada hak asasi manusia moden. Segala bentuk perkhidmatan boleh diakses di hujung jari menggunakan peranti pintar moden. Tetapi akses kepada internet masih belum seimbang seperti yang dapat kita lihat sepanjang PKP. Penduduk luar bandar terpaksa memanjat pokok, berkhemah di tengah hutan dan menyangkut telefon pintar ke tiang untuk mendapatkan rangkaian yang terbaik.

Bagaimana pula kelajuan internet di Malaysia pada Januari 2023? Menurut laporan terkini Ookla SpeedTest, kelajuan purata internet jalur lebar di Malaysia ialah 92.69 Mbps manakala kelajuan purata internet mudah alih pula ialah 43.67 Mbps. Ini meletakkan Malaysia di tangga ke-36 untuk internet jalur lebar dan ke-48 untuk internet mudah alih.

Negara dengan kelajuan purata internet jalur lebar terpantas ialah Singapura dengan 234.55 Mbps dan kelajuan purata internet mudah alih terpantas pula ialah Emiriah Arab Bersatu dengan 161.156 Mbps.

Walaupun kelajuan internet Malaysia bukan yang terpantas di dunia, ia masih antara terpantas di rantau Asia Tenggara dan lebih pantas berbanding purata kelajuan global.

Komen