Carian
Rekaan Poco C55 Didedahkan Dengan Dwi-Kamera Utama, Pelancaran Pada 21 Februari
February 20, 2023 Amy Maizuraa

Kehadiran Poco C55 telah diacah secara rasmi sebelum ini menerusi video promosi pendek. Namun tidak pula diketahui bilakah tarikh pelancaran rasmi, malahan rekaan juga menjadi tanya pada ketika itu. Sehinggalah kini ia didedahkan secara terbuka yang menunjukkan pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 21 Februari ini.

Ia juga menunjukkan peranti mempunyai panel belakang seakan kulit yang turut menyokong sistem-dwi kamera utama. Di samping itu, Peranti turut menempatkan satu LED Flash bersama pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat untuk tujuan sekuriti. Penjenamaan Poco yang besar seumpama beberapa peranti mereka sebelum ini turut boleh dilihat dengan jelas pada panel belakang ini.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi didedahkan buat masa ini. Namun begitu, ada yang menjangkakan ia hanya sebuah Redmi 12C yang dijenamakan semula. Ini bermakna peranti mungkin berkongsi spesifikasi yang sama seperti dijana cip MediaTek Helio G85, kamera 50MP, bateri 5000mAh dan skrin LCD sebesar 6.71-inci HD+.

Komen