Susu formula dijual di pasara raya dengan slogan mampu menyambungkan sel otak, baik untuk kesihatan dan boleh menghasilkan bayi yang cerdik. Ini dipamerkan dengan jelas pada sisi tin susu yang dibeli. Tetapi menurut kajian oleh ahli saintis dari 15 negara menunjukkan majoriti dakwaan susu formula baik untuk kesihatan dan penuh khasiat tidak disokong bukti saintifik.
Kajian melibatkan susu 757 jenama susu formula yang dijual di Amerika Syarikat, Arab Saudi, Afrika Selatan, Australia, Kanada, Jerman, India, Itali, Jepun, Nigeria, Norway, Pakistan, Rusia, Sepanyol, dan UK. Jenama dipilih berdasarkan khasiat yang dikatakan ditawarkan oleh produk.

Dari kumpulan ini 53% mendakwa formula membantu perkembangan otak mata atau sistem saraf. Sementara itu 39% lagi mendakwa formula menguatkan sistem imun tubuh peminum. Amat merisaukan juru kaji mendapati 74% formula susu tidak mempunyai sebarang bukti saintifik yang menyokong produk benar-benar berkhasiat.
Pada 26% produk yang mempunyai bukti saintifik, 56% menggunakan data ulasan, pendapat dan kajian ke atas haiwan. Tiada bukti data khasiat yang sama boleh boleh dinikmati oleh pengguna manusia. Sementara itu hanya 14% menggunakan rujukan daripada kajian klinikal. Tambah meragukan 88% rujukan kajian klinikal menerima dana daripada industri susu formula membuatkan keputusannya boleh diragukan.
Jadi jelaslah selama ini apabila doktor mengatakan menyusukan anak dengan susu badan adalah lebih berkhasiat berbanding susu formula. Kajian telah diterbitkan dalam jurnal The BMJ dengan data telah melalui proses kajian setara.