Cari @ Amanz

Nubia Bakal Hadir Dengan Cermin Mata AR Pertama Di MWC 2023 – Menerusi Nubia Neovision Glass

Link Copied!

Pembangunan cermin mata AR dilihat semakin menjadi perhatian yang meluas dalam kalangan pengeluar hari ini. Salah satunya Nubia yang kini mengesahkan turut sama bakal hadir dengan produk sedemikian tidak lama lagi. Ia akan diumumkan secara rasmi di acara MWC tahun ini menerusi slot yang dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2023.

Dikenali sebagai Nubia Neovision Glass, ia merupakan kaca mata dengan teknologi realiti terimbuh (AR) pertama daripada Nubia. Tiada maklumat mengenai spesifikasi khusus yang didedahkan setakat ini, namun rekaan yang diperlihatkan memberi gambaran ia kelak berguna untuk kegunaan sama ada hiburan, urusan pejabat, melakukan navigasi dan sebagainya. Imej dikongsi juga tidak menunjukkan kehadiran sebarang kabel pada kaca mata tersebut. Ini bermakna ia dipercayai mampu berfungsi secara kendiri tanpa tambatan ke sebuah telefon pintar atau peranti lain.

Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk pelancaran rasminya, sama-sama kita nantikan untuk ketahui lebih lanjut mengenai teknologi yang digunakan oleh Nubia. Untuk makluman, tablet Nubia Pad 3D yang kelak menjadi tablet dengan paparan 3D yang berupaya mensimulasikan kesan melihat imej tiga dimensi dengan mata kasar turut sama diumumkan dalam acara yang sama.


Komen ()