Cari @ Amanz

Apple Akan Menghalang Pemasangan Percuma Versi “Developer Beta” Bermula iOS17

Oleh Aman

Link Copied!

Bermula iOS 17 kelak, Apple kini dilihat akan mengehadkan mereka yang boleh menguji atau mengakses versi iOS Developer Beta, terhad kepada mereka yang mempunyai langganan kepada Apple Developer Program sahaja.

Dengan langkah ini, ia akan menghalang mereka yang tidak mempunyai akses kepada Apple Developer Program daripada memasang versi pembangunan tersebut.

Hal ini sekaligus akan mengekang ketirisan ciri-ciri baharu yang sedang dibangunkan, kerana tertakluk kepada terma, disamping akan turut mengelak pengguna umum menghadapi masalah sekiranya terdapat pepijat serius pada versi pembangunan iOS.

Sumber : MacRumors

Komen ()