Carian
Siri Xiaomi 13 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Februari
February 20, 2023 Amy Maizuraa

Pengenalan siri Xiaomi 13 sebelum ini menjadi perhatian ramai dek penawarannya yang dilihat cukup menarik. Ini termasuklah sokongan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem pengimejan lebih baik yang menggunakan kamera Leica. Dalam pada itu, Xiaomi juga mengesahkan bahawa ia bakal memasuki pasaran global pada 26 Februari ini.

Namun apa yang menarik, kehadiran peranti berkenaan untuk pasaran Malaysia juga telah mula diacah secara rasmi. Ianya bakal berlangsung pada 27 Februari 2023 – iaitu sehari selepas pelancaran global diadakan. Sememangnya sudah menjadi tradisi lebih daripada satu model bakal diumumkan kelak dan penggunaan perkataan siri pada poster rasmit urut menguatkan lagi hal yang diperkatakan.

Maklumat lanjut mengenai perkakasan dalaman tidak pula didedahkan setakat ini. Namun seandainya peranti merupakan variasi yang sama seperti di China, bermakna tiada perubahan spesifikasi yang akan berlaku. Seperti biasa, nantikan kemaskini selanjutnya menerusi artikel yang akan datang.

Komen