Carian
WhatsApp iOS Menerima Ciri Panggilan Video Gambar-Dalam-Gambar
February 21, 2023 Effi Saharudin

WhatsApp versi iOS telah dikemaskini semalam membawakan beberapa ciri baharu. Yang paling menarik ialah sokongan tetingkap video dalam tetingkap kecil gambar-dalam-gambar. Menerusinya pengguna iPhone boleh melakukan panggilan video menerusi WhatsApp dan kemudian pergi ke aplikasi lain tanpa ia terhenti seperti pada versi terdahulu.

Ciri lain yang diberikan ialah meletakkan kapsyen pada dokumen yang dihantar, meletakkan tajuk lebih panjang untuk kumpulan dalam WhatsApp dan menghasilkan avatar peribadi yang kemudiannya boleh dikongsi sebagai pelekat serta gambar profil. Kemas kini aplikasi ke versi 23.3.77 untuk menggunakan kesemua ciri-ciri terkini ini.

Komen