Carian
Sebuah Lagi Peranti Realme Dibawah Siri-C Melepasi Laman SIRIM
February 21, 2023 Amy Maizuraa

Peranti Realme di bawah siri C sering memfokuskan terhadap prestasi dan jangka hayat bateri baik yang dijual pada harga mampu milik. Dalam perkembangan terkini, variasi baharu untuk siri berkenaan kini ditemui tersenarai di laman pengesahan SIRIM Malaysia.

Ia didapati muncul dengan nombor model RMX3710 (realme C55) dan didaftarkan dengan nama pemohon DTL Malaysia Sdn Bhd. pada 17 Februari 2023. Memandangkan ia telah melepasi pengesahan Sirim, maka tidak mustahil kita akan melihatnya dalam masa terdekat ini.

Peranti juga masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran, dalam masa sama spesifikasi penuh juga masih tidak diketahui buat masa ini. Tetapi ia dijangka menawarkan spesifikasi kelas ada seperti model-model sebelum ini.

Komen