Carian
Korea Selatan Merancang Memperkenalkan 6G Seawal 2028
February 21, 2023 Aman

Korea Selatan kini menyasarkan untuk memperkenalkan rangkaian telekomunikasi generasi ke-6, atau turut dikenali sebagai 6G, seawal 2028 kelak.

Dengan langkah ini, ia meletakkan hanya sekitar 5 tahun lagi sebelum Korea Selatan melancarkan rangkaian 6G mereka. Sebelum ini, sasaran tersebut diletakkan pada 2030, tetapi kini diawalkan 2 tahun.

Dengan langkah ini, Korea Selatan dijangka akan terus menerajui arena telekomunikasi dan infrastruktur rangkaian, disamping pada masa yang sama memenuhi permintaan tinggi dalam arena komunikasi nirwayar.

Selain Korea Selatan, beberapa negara lain turut menerajui penyelidikkan 6G ini, termasuk China.

Komen