Samsung Mengusai Pasaran TV Global Untuk Tahun Ke-17 Berturut-Turut
February 21, 2023
Samsung
TV
Effi Saharudin
Samsung kekal mendominasi pasaran TV global untuk tahun 2022 sekaligus meneruskan penguasaan untuk tahun ke-17 berturut-turut. Ini adalah menurut laporan terkini firma Omdia minggu ini.

Sepanjang 2022, Samsung menjual 9.65 juta TV QLED dan Neo QLED yang meningkatkan angka jualan televisyen dengan dua panel ini ke 35 juta ini sejak diperkenalkan pada tahun 2017. Mereka juga memegang 36.1% pasaran TV bersaiz melebihi 75″ an 42.9″ pasaran TV bersaiz melebihi 80″ pada tahun lalu. Dalam segmen TV premium berharga $2500 dan ke atas pula, Samsung memegang 48.6% pasaran.
[sumber] Sumber – Samsung [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.