Carian
Rekaan Motorola Razr 2023 Dengan Skrin Luar Lebih Besar Tertiris
February 22, 2023 Effi Saharudin

Dengan Oppo Find N2 Flip telah dilancarkan ke pasaran global, ramai pasti menantikan jawapan daripada pesaing mereka Samsung dan Motorola. Malam tadi Evan Blass telah meniriskan imej peranti yang dikatakan adalah Motorola Razr 2023 dengan skrin luaran yang lebih besar.

Dari segi rekaan tubuh ia masih lagi sama seperti model tahun lalu. Skrin luaran yang lebih besar akan membolehkan lebih banyak dilakukan oleh pemilik tanpa skrin boleh-lipat dibuka. Peranti juga masih menggunakan sistem dwi-kamera di bahagian luar yang pastinya menyokong sudut lebar dan ultra sudut lebar.

Dengan MWC 2023 akan berlangsung minggu depan, bolehlah diramalkan Motorola Razr 2023 akan diumumkan pada acara ini.

Komen