Apple MacBook Pro 14″, MacBook Pro 16″ Dan Mac Mini Dengan Cip M2 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia
Effi Saharudin
Hari ini Apple Mac Mini, MacBook Pro 14″ dan MacBook Pro 16″ dengan cip Apple M2 akhirnya boleh dibeli oleh pengguna di Malaysia. Ia tiba lebih kurang sebulan selepas di diumumkan oleh Apple pada bulan Januari yang lalu.

Mac Mini ditawarkan dengan pilihan cip M2 dan M2 Pro. Manakala MacBook Pro 14″ pula ditawarkan dengan pilihan cip Apple M2 Pro dan Apple M2 Max. Akhir sekali MacBook Pro 16″ pula juga ditawarkan dengan pilihan cip Apple M2 Pro dan Apple M2 Max.

Di Malaysia, Mac Mini baharu ditawarkan pada harga bermula RM2499, dan mencecah RM18,399 untuk spesifikasi maksima. Sementara itu MacBook Pro 14″ ditawarkan pada harga bermula RM8799 untuk versi M2 Pro, dan bermula RM13,199 untuk M2 Max. Akhir sekali MacBook Pro 16″ ditawarkan pada harga bermula RM10,799 untuk model M2 Pro, dan bermula RM14,799 untuk model M2 Max.