Elon Musk hari ini berkongsi mengatakan mereka akan menawarkan algoritma untuk media sosial Twitter dalam bentuk sumber terbuka seawal minggu hadapan.
Namun, pada masa yang sama, Elon Musk menyatakan bersedia untuk “kecewa” – menandakan yang mana algoritma tersebut mungkin tidak meluas atau sebegitu “baik” seperti jangkaan ramai. Elon Musk turut menyatakan mereka akan mengembangkan dan menambah-baik algoritma Twitter berkenaan dengan drastik selepas menawarkan ia dalam bentuk sumber terbuka.
Pada hari ini, terdapat sejumlah perusahaan yang menawarkan produk mereka dalam bentuk sumber terbuka. Yang paling popular adalah Automattic melalui penawaran WordPress.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan perkongsian algoritma Twitter dalam bentuk sumber terbuka seawal minggu hadapan.