Cari @ Amanz

Wilson Hadir Dengan Bola Keranjang Nirudara Yang Tidak Akan Kempis

Link Copied!

Wilson Sporting Goods iaitu pengeluar barangan sukan terkenal telah hadir dengan pelbagai produk menarik. Mereka juga adalah pengeluar bola rasmi untuk NBA. Terkini, mereka telah hadir dengan prototaip bola keranjang yang tidak akan kempis.

Bola ini adalah 3D Airless Prototype Basketball. Bola ini seperti namanya tidak memerlukan sebarang udara dan direka untuk tidak akan kempis selama-lamanya. Bola ini juga dikatakan mempunyai spesifikasi yang melepasi piawaian bola keranjang dari segi berat, saiz dan tahap lantunan.

Wilson Labs iaitu bahagian syarikat Wilson yang bertanggungjawab menghasilkan bola ini menggunakan rekaan lapan-panel kekisi yang mana dijana dengan komputer. Buat masa ini, 3D Airless Prototype Basketball tidak akan menggantikan bola keranjang rasmi – tetapi adalah bukti yang dunia sukan juga masih boleh ada inovasi. Bola ini juga masih perlu diuji dengan mendalam jika suatu hari ingin digunakan secara rasmi di semua gelanggang.


Komen ()