Cari @ Amanz

Xiaomi Watch S2 Melepasi SIRIM – Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

Link Copied!

Xiaomi Watch S2 adalah jam tangan pintar baharu Xiaomi yang dilancarkan pada Disember tahun lepas. Terdapat dua saiz iaitu 42mm dengan skrin 1.32″ dan 46mm dengan skrin 1.42″, di mana kedua-duanya menggunakan panel AMOLED dan beresolusi 466×466 piksel.

Sokongan Always-On display turut disertakan, boleh mengukur sehingga 8 jenis data kesihatan, seperti pemantauan tidur, kadar lemak dalam badan, tahap protein dan banyak lagi. Untuk memudahkan lagi pengguna kemampuan menghantar mesej kecemasan menerusi butang khas turut disediakan.

Bateri jam adalah 500mAh, mempunyai perlindungan kalis air 5ATM, menjalankan sistem tersendiri MIUI Watch dan di China dijual pada harga bermula sekitar RM600 sahaja. Jam ini kini disenaraikan dalam pangkalan data SIRIM, memberi petanda pelancaran untuk pasaran tempatan akan berlaku tidak lama lagi.

Adakah anda berminat dengan jam Xiaomi Watch S2 ini atau lebih selesa dengan Smart Band mereka?


Komen ()