Carian
Microsoft Menguji Penjanaan Imej Pada Enjin Carian Bing
February 22, 2023 Aman

Pada enjin carian, ramai sedia maklum kita dihidangkan dengan kemudahan untuk mencari sesuatu gambar dengan mudah. Kini, dengan populariti penjanaan imej berasaskan kepada kecerdasan buatan, pihak Microsoft melangkah setapak ke hadapan, dan menginterasikan penjanaan imej terus dalam enjin carian Bing mereka.

Dinamakan “Image Creator”, ia membolehkan pengguna melakukan carian gambar pada Bing, dan turut menjana imej sekiranya tidak berpuas hati dengan imej yang dijana.

Microsoft mengatakan teknologi penjanaan ini dikuasakan oleh Dall-E. Pengguna hanya perlu memasukkan teks dalam kotak yang disediakan, dan imej akan dijana. Memandangkan pengguna sedia menggunakan teks dalam carian gambar pada enjin carian, maka ciri ini mungkin mudah diadaptasi semua.

Buat masa ini, penawaran ciri ini terhad mengikut rantau. Microsoft mengatakan tiada “waiting list” atau senarai menunggu untuk menggunakan ciri ini, berbeza dengan Bing Chat. Sebaliknya, pengguna perlu nantikan ia diaktifkan mengikut negara atau rantau.

Komen