Carian
Meta Verified Tidak Akan Benarkan Anda Tukar Nama Dan Gambar Profil Selepas Melanggan
February 23, 2023 Aman

Syarikat disebalik Facebook dan Instagram, iaitu Meta, telah pun memperkenalkan Meta Verified pada awal minggu ini. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna melanggan pelan berbayar yang memberikan tanda calit biru menandakan disahkan pada profil, disamping turut menawarkan ciri seperti sokongan khidmat pelanggan dan beberapa yang lain.

Walaubagaimanapun, ia turut hadir dengan beberapa kekangan buat masa ini.

Melalui perkongsian rasmi Meta, mereka menyatakan Meta Verified hanya menyokong akaun dengan nama sebenar sahaja buat masa ini.

Disamping itu, selepas sesuatu profil disahkan dengan Meta Verified, pengguna tidak boleh mengubah nama profil, nama pengguna, tarikh lahir, atau gambar profil. Sekiranya diubah, maka pengguna akan melalui proses pengesahan dan langganan Meta Verified sekali lagi.

Perkara ini mungkin tidak begitu digemari ramai yang sering mengubah gambar profil dari semasa ke semasa.

Namun, ini mungkin kekangan pada peringkat awal penawaran perkhidmatan ini. Meta Verified buat masa ini ditawarkan di Australia dan New Zealand sahaja.

Komen