OnePlus Concept akan diperlihatkan secara rasmi di MWC 2023 hujung minggu ini. Beberapa imej acah telah dikongsi dengan ia memberikan gambaran bahawa ia akan menjadi peranti dengan sistem lampu LED di belakang seakan peranti Nothing. Hari ini rekaan panel belakang OnePlus Concept tertiris sepenuhnya menerusi laman Weibo.

Ia masih mirip OnePlus 11 cuma dengan lampu LED berwarna biru di belakang. Memang nampak menarik kerana seperti mengambil estetik filem Tron sekaligus membuatkan peranti kelihatan amat futuristik. Tidak banyak dapat diketahui menerusi imej statik. Namun tidak mengejutkan jika lampu LED ini boleh diubah warna dan berkelip-kelip apabila menerima notifikasi. Misteri ciri lain yang boleh disokong OnePlus 11 Concept ini akan terjawab sepenuhnya di MWC 2023 kelak.
[Sumber] Sumber – Weibo [/sumber]