Carian
Kecerdasan Buatan Spotify DJ Memberikan Pengalaman Seperti Mendengar Radio
February 23, 2023 Effi Saharudin

Spotify membuatkan memberikan pengalaman mendengar radio tanpa gangguan iklan ataupun DJ yang akan mencelah dengan jenaka yang tidak kelakar. Tetapi akibatnya sesi mendengar muzik mungkin akan terasa sedikit bosan kerana lagu demi lagu dimainkan tanpa konteks. Hari ini Spotify melancarkan DJ yang merupakan kecerdasan buatan yang menjadi pengganti DJ manusia.

DJ akan memainkan muzik mengikut citarasa pengguna. Ia akan memberikan komentar mengenai lagu sebelum ia dimainkan seperti seorang DJ sebenar. Dengan ini pengguna akan dapat mendengar muzik kegemaran seperti mendengar radio biasa. Pada waktu ini ciri Spotify DJ hanya diberikan kepada pengguna Premium di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu sebelum diberikan kepada semua.

Komen