Selain Xiaomi, Realme juga nampaknya akan melancarkan ciri seakan Dynamic Island yang diperkenalkan pada peranti siri iPhone 14 Pro. Rekaan Realme Mini Capsule telah ditiriskan sendiri oleh CEO Realme Madhav Sheth sebelum ini kemudiannya dipadam secara tiba-tiba.

Beliau mengesahkan Mini Capsule akan digunakan pada peranti siri-C keluaran mereka. Dapat dilihat ia menunjukkan status pengecasan peranti menggunakan SuperVOOC. Hanya ciri ini diperlihatkan tetapi tidak mengejutkan jika ciri lain akan mengambil inspirasi daripada Dynamic Island.
Realme akan melancarkan GT3 Neo di MWC 2023 minggu depan maka boleh diramalkan Mini Capsule mungkin akan diperlihatkan secara umum di acara tersebut. Nantikan laporan penuh mengenai apa yang bakal dilancarkan di MWC oleh Realme kelak di Amanz.