Cari @ Amanz

Siri ASUS TUF Gaming Baharu Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM4999

Link Copied!

Seperti namanya, ASUS TUF Gaming merupakan komputer riba yang memfokuskan terhadap permua. Ia juga sering menjadi pilihan para gamers yang mahukan prestasi gaming terbaik tanpa menghiraukan ciri tambahan seumpama yang ditemui pada siri ASUS ROG.

Buat pengetahuan semua, generasi baharu komputer riba ini telah mula ditawarkan di Malaysia. Ia diumumkan terlebih dahulu di CES tempoh hari dengan kemaskini komponen terbaru AMD, Intel dan NVIDIA. Pada yang berminat, anda boleh mendapatkannya dengan harga jualan seperti yang dinyatakan di bawah :

  • ASUS TUF Gaming A15 (AMD Ryzen 7 7735HS) – RM4,999
  • ASUS TUF Gaming A15 (AMD Ryzen 9 7940HS) – RM5,999
  • ASUS TUF Gaming A15 (AMD Ryzen 9 7940HS) – RM6,999
  • ASUS TUF Gaming F15 (Intel Core i7-12700H) – RM5,299
  • ASUS TUF Gaming F15 (Intel Core i7-13700H) – RM5,999
  • ASUS TUF Gaming F15 (Intel Core i7-13700H) – RM6,499

Bermula dengan ASUS TUF Gaming A15, komputer riba ini didatangakan dengan pilihan panel 15.6-inci ” IPS FHD (1920 x 1080) yang turut disertakan kadar segar semula mencapai 165Hz. Ini dipadankan dengan CPU sehingga AMD Ryzen 9 7940HS, GPU NVIDIA GeForce RTX 4070 , memori 16GB DDR5-4800 (Dual-channel), storan sehingga 16GB DDR5-4800 (Dual-channel) dan bateri 90Wh. Seterusnya komputer riba ini turut memuatkan kamera web HD dan harga yang dinyatakan adalah berserta dengan TUF Backpack yang diberi secara percuma.

Seperti namanya, ASUS TUF Gaming F15 pula dilengkapi skrin 15.6-inci IPS FHD bersama pilihan kadar segar semula sehingga 165Hz. Ia juga dipadankan dengan cip sehingga Intel Core i7-13700H, GPU NVIDIA GeForce RTX 4060, memori 16GB DDR4-3200 (Dual-channel), storan sehingga 512GB PCIe® 4.0 NVMe M.2 SSD dan kapasiti 90Whr. Selanjutnya komputer riba ini juga dimuatkan kamera web HD dan harga yang dinyatakan adalah berserta dengan TUF Backpack yang diberi secara percuma.


Komen ()