Carian
Lukisan CAD iPhone 15 Tertiris Menunjukkan Penggunaan USB-C
February 23, 2023 Effi Saharudin

Kita ada lebih kurang tujuh bulan lagi sebelum siri iPhone 15 dilancarkan secara rasmi. Walaupun pelancaran masih jauh, maklumat mengenai model tahun ini sudahpun tertiris kali ini dalam bentuk lukisan CAD. Lukisan CAD untuk iPhone 15 dan 15 Pro yang tertiris mengesahkan pengguna port USB-C. Ini pastinya berita baik bagi mereka yang sudah lama meminta Apple untuk berhenti menggunakan pengecas Lightning.

Lebih menarik ia mengesahkan Dynamic Island akan turut diberikan kepada iPhone 15 biasa. Tahun lalu ciri ini hanya diberikan kepada kedua-dua model iPhone 14 Pro. Turut didedahkan ialah model asas akan hadiri dengan skrin lebih besar 6.2″ dan bukan lagi 6.1″. Ini dilakukan dengan pengurangan saiz bezel.

Hanya dua model ini sahaja tertiris setakat ini. Tetapi kebarangkalian skrin dengan Dynamic Island ditawarkan pada iPhone 14 Plus dan kesemua model menyokong USB-C adalah amat tinggi. Apple perlu berubah ke USB-C tahun ini bagi memenuhi keperluan Kesatuan Eropah (EU) dan India yang mewajibkan penggunaannya. Akhirnya kesemua peranti Apple dapat disokong dengan satu kabel pengecas yang seragam.

Komen