100Soonicorns merupakan program berbentuk bimbingan dan kepimpinan yang mewujudkan ruang unik dalam kalangan pengasas syarikat untuk saling membina hubungan diantara satu sama lain. Dikelola oleh ScaleUp Accelerator Sdn Bhd (ScaleUp Malaysia) dan Proficeo Consultants Sdn Bhd (Proficeo), penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada Penjana Kapital Sdn Bhd (Penjana Kapital) serta Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Berkongsi perkembangan terkini mengenainya, keputusan pemilihan untuk dua kohort pertama program menyaksikan sebanyak 24 pengasas syarikat telah terpilih. Kesemua syarikat yang dipilih terdiri daripada mereka yang berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengasas Tahap-C.

Dalam masa sama, turut berjaya memenuhi syarat penyertaan yang memerlukan para peserta mengumpul sekurang-kurangnya AS$1 juta daripada firma modal teroka atau pelabur institusi; atau telah menjana pendapatan AS$2 juta sepanjang setahun. Berikut adalah senarai penuh pengasas syarikat yang mengambil bahagian dalam dua kohort pertama program:
- Amanda Chin, CEO, Ablr Malaysia
- Sharma Lachu , CEO & Pengasas, Accendo Technologies Sdn Bhd
- Ramachandran Muniandy, CEO & Pengasas Bersama, Asia Mobility Technologies Sdn Bhd
- Giden Lim, CEO & Pengasas Bersama, BLOOMTHIS Flora Sdn Bhd
- Benjamin Croc, CEO, Briohr Sdn Bhd
- Ang Xing Xian, CEO, CapBay
- Sharala Devi Balakrishnan, CEO, Center of Applied Data Science (CADS)
- Kuna Kathigesan, CEO, Kumpulan Commerce DotAsia Ventures Sdn Bhd
- Lee William, MD, Easybook (M) Sdn Bhd
- Clarence Leong, CEO & Pengasas, EasyParcel Sdn Bhd
- Suthan Mookaiah, CEO, GASSTN Sdn Bhd
- Muhamad Nasir Habizar, CEO & Pengasas, Govicle Sdn Bhd
- Effon Khoo, CEO & Pengasas, Kakitangan.com
- Nadira Yusof, CEO & Pengasas, Kiddocare Sdn Bhd
- Tunku Danny Nasaifuddin Mudzaffar, CEO & Pengasas, Microleap PLT
- Azran Osman Rani, CEO, Naluri Hidup Sdn BHd
- Swee Wai Hoow, CEO, Newswav Sdn Bhd
- Keong Chun Chieh, CEO, Ominent Sdn Bhd
- Dr. Kev Lim, CEO, Qmed Asia (QueueMed Healthtech Sdn Bhd)
- Melvin Chee, CEO, RPG Commerce Sdn Bhd
- Parthiven Shanmugan, CEO, TixCarte Sdn Bhd
- Kendrick Tan, COO & Pengasas Bersama, Virtualtech Frontier Sdn Bhd
- Ooi Boon Sheng, CEO, Web Bytes Sdn Bhd
- Low Ziwei, Director & Pengasas Bersama, Zcova Sdn Bhd

Dengan ini, kesemua yang terpilih menjalani program berstruktur selama setahun dalam bentuk mesyuarat bulanan dan sesi tambahan di antara para pengasas dan pelabur. Melaluinya terdapat tujuh elemen disediakan yang secara tidak langsung membolehkan mereka yang terpilih melibatkan diri dengan lebih dekat bersama pengasas terkemuka lain.

Dalam masa sama, turut membuka peluang meneroka pelbagai bidang baharu seperti Artificial Intelligence. Bukan itu sahaja, program ini turut memberi peluang untuk mereka menjalinkan rangkaian yang lebih luas dalam membina syarikat yang mampu mencatat pertumbuhan pesat pada masa akan datang.
Bagi yang berminat, kohort ketiga kini telah dibuka untuk permohonan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut serta borang permohonan dengan klik pada pautan disediakan di bawah.