Cari @ Amanz

Kerajaan Sedang Berbincang Bersama Proton Dan Perodua Untuk Percepat Pengeluaran Kereta Elektrik (EV)

Oleh Aman

Link Copied!

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang dalam proses berbincang bersama pengeluar kereta tempatan, iaitu Proton dan juga Perodua – dalam usaha untuk mempercepatkan pengeluaran kereta elektrik nasional.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan kenderaan elektrik mampu milik ditawarkan kepada pengguna – berbanding pada hari ini yang berharga agak tinggi.

Penawaran Proton dan juga Perodua dijangka lebih kompetitif dari segi harga, disamping ia juga akan meningkatkan kadar adaptasi dan penggunaan kereta elektrik di pasaran.

Kerajaan sebelum ini menyasarkan untuk sekitar 15% kenderaan elektrik di jalan raya menjelang 2030. Dengan mempercepatkan penawaran kereta elektrik nasional pada harga kompetitif, ia dijangka akan meningkatkan kadar penggunaan – disamping turut meningkatkan penyediaan stesen pengecas elektrik.

Sumber : Bernama

Komen ()