Carian
Samsung Telah Membangunkan Teknologi Komunikasi Satelit Yang Menyokong Video
February 24, 2023 Effi Saharudin

Samsung pagi ini mengumumkan mereka berjaya membangunkan teknologi 5G NTN (Non-Terrestrial Networks) yang membolehkan komunikasi satelit dari telefon pintar dilakukan. Ianya unik kerana membenarkan komunikasi teks dua hala serta perkongsian imej serta video definisi tinggi.

Teknologi yang dibangunkan oleh Samsung ini memenuhi piawaian 5G NTN yang ditetapkan oleh 3GPP Release 17 yang baharu. Ujian telah dilalukan dengan menggunakan platform modem Exynos 5300. Dengan pembangunan teknologi ini, Samsung ingin menjadi peneraju teknologi rangkaian hibrid terrestrial-NTN sebagai persediaan untuk rangkaian 6G kelak.

Pengguna di kawasan terpencil dan tidak mempunyai rangkaian selular boleh menggunakan perkhidmatan telefon menerusi teknologi ini. Disamping itu ia boleh menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan atau bencana alam apabila tiada sambungan ke rangkaian selular biasa. Samsung mempunyai perancangan menggunakan teknologi ini pada cip Exynos mereka di masa hadapan.

Dengan ini Samsung akan menyertai Apple, Huawei dan Qualcomm yang masing-masing mempunyai penawaran sistem telekomunikasi satelit apabila diperlukan.

Komen