Carian
Ciri Magic Eraser Pada Google Photos Kini Boleh Digunakan Pelanggan Google One
February 24, 2023 Effi Saharudin

Ciri Magic Eraser ialah ciri eksklusif yang selama ini hanya boleh digunakan oleh pemilik Pixel 6 dan Pixel 7. Menerusinya pengguna boleh memadam objek di dalam gambar secara automatik menerusi aplikasi Google Photos.

Hari ini Google mengumumkan tiada lagi status eksklusif dengan ia boleh digunakan semua pelanggan Google One dan kesemua peranti Pixel walaupun pemilik tidak melanggan kepada Google One. Google mengatakan ciri ini akan diberikan secara berperingkat kepada pelanggan Google One seluruh dunia.

Selain Magic Eraser, ciri menghasilkan video HDR juga disertakan sekali menerusi kemas kini pagi ini. Video biasa akan kelihatan lebih terang dengan warna lebih bermaya selepas kesan HDR dikenakan. Akhir sekali lebih banyak Styles diberikan untuk menghasilkan kolaj daripada koleksi gambar yang telah diambil.

Komen