Cari @ Amanz

Aplikasi suntingan video LumaFusion versi penuh kini boleh dimuat turun oleh semua peranti Android dan Chrome OS. Sebelum ini ia adalah versi akses awal sahaja. Dengan pelancaran edisi penuh, harga aplikasi kini meningkat ke RM129.99 daripada harga sebelumnya RM94.99.

Setelah sekian lama hanya ditawarkan di iOS dan iPadOS, aplikasi LumaFusion untuk Android di acah ketika pelancaran Samsung Galaxy Tab S8. Akses awal dibuka kemudiannya dilakukan November lalu dengan pembangun menjanjikan versi penuh pada tahun 2023.

Dalam dunia karya perlu dihasilkan terus dari sebuah peranti mudah, aplikasi suntingan seperti LumaFusion menawarkan ciri yang hampir setanding dengan aplikasi suntingan desktop. Ia menjadi pilihan pengguna iPhone kerana mempunyai antaramuka seakan Final Cut Po.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd