Carian
Qualcomm Menghasilkan Janaan Imej Stable Diffusion Terpantas Pada Telefon Pintar
February 24, 2023 Fahim Zahar

Hari demi hari kini kita mendengari berita mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan. Yang menjadi trend sekarang adalah sistem kecerdasan seperti DALL.E 2, Midjourney dan Stable Diffusion yang menjana imej menerusi input yang diberikan oleh pengguna.

Semua perkhidmatan kecerdasan buatan ini dilakukan secara atas talian menjadikan proses menjana sesuatu grafik mengambil masa yang lama. Terkini Qualcomm menguji kemampuan Stable Diffusion menggunakan sebuah peranti Android dengan cip Snapdragon 8 Gen 2. Dalam ujian ini, Qualconmm berjaya menjana grafik 512 x 512 piksel dalam masa 15 saat.

Perkiraan kecerdasan yang kompleks mampu dilakukan Snapdragon 8 Gen 2 kerana wujudnya Qualcomm Hexagon Processor di dalamnya. Demo kemampuan kecerdasan buatan Hexagon pada Snapdragon 8 Gen 2 hanya diperlihatkan kepada dunia dalam bentuk teks sahaja sebelum in. Ini adalah keli pertama kemampuan kecerdasan buatan menjana imej diperlihatkan sejak cip dilancarkan pada November tahun lalu.

Pada iPhone, Apple mengumumkan pengoptimasian Core ML untuk Stable Diffusion dan aplikasi Draw Things menggunakannya. Aplikasi ini jika digunakan dalam ujian saya mengambil masa kurang dua minit untuk menjana grafik dengan butiran teks rumit. Jadi untuk Qualcomm berjaya menguji kemampuan janaan grafik kecerdasan buatan kurang 15 saat adalah satu perkara yang pasti diingini ramai.

Cuma buat masa ini, tidak pasti sama ada Qualcomm akan memperkenalkan aplikasi khas untuk pengguna peranti Snapdragon 8 Gen 2 atau hanya semata untuk memperlihatkan kehebatan cip peranti mercu baharu mereka.

Komen