Cari @ Amanz

Turut diumumkan di Belanjawan 2023 ialah kerajaan akan menanggung bayaran ujian lesen motosikal B2, teksi, bas dan juga seru pandu. Kos yang ditanggung hanyalah untuk ujian sahaja dan tidak termasuk kos kelas memandu.

Di Malaysia pada waktu ujian untuk lesen motosikal B2 misalnya adalah RM20 untuk warganegara dan untuk pemandu teksi serta pandu seru pula ialah RM30. Nilai yang kecil tetapi diharap dapat mengurangkan beban ke atas rakyat bagi mengharungi ekonomi tahun 2023 yang dijangka akan mencabar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd