Cari @ Amanz

Belanjawan 2023 – Bank Negara Meneliti Pelaksanaan Dasar “Kill Switch” Untuk Bekukan Akaun Dengan Pantas

Link Copied!

Pada tahun 2022 lebih 25 ribu jenayah penipuan atas talian atau scam telah dilaporkan di Malaysia. Ini menyebabkan kerugian sebanyak RM850 juta. Antara isu berbangkit apabila menjadi mangsa penipuan ialah sukar untuk menyahaktifkan akaun daripada terus melakukan transaksi sejurus selepas pemegang menyedari mereka menjadi mangsa penipuan.

Oleh itu Bank Negara sedang meneliti untuk menguatkuasakan dasar “kill switch” kepada semua institusi perbankan bagi membolehkan pengguna sendiri mengambil tindakan segera membekukan akaun mereka termasuk kad ATM daripada digunakan sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan.

Pada waktu ini hanya Maybank telah memberikan ciri kill switch kepada pelanggan mereka dengan ia baru sahaja diaktifkan pada penghujung Januari yang lalu.


Komen ()