Cari @ Amanz

Belanjawan 2023 : eTunai Belia Rahmah- Kredit RM200 Kepada Belia Berumur 18 Ke 20 Tahun

Oleh Aman

Link Copied!

Perdana Menteri yang turut merangkap Menteri Kewangan, hari ini telah mengumumkan Belanjawan 2023, sekaligus turut memperlihatkan sejumlah inisiatif yang akan dilaksanakan untuk tempoh tahun ini.

Salah satunya adalah pemberian kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 kepada 2 juta orang belia, berusia antara 18 tahun ke 20 tahun.

Langkah ini dilihat dalam mengalakkan para belia dalam menggunakan dompet digital dalam kehidupan harian – sekaligus mengalakkan lagi aktiviti ekonomi digital di Malaysia.

Maklumat lanjut berkaitan tarikh penawaran e-Tunai Belia Rahmah, termasuk dompet digital yang disokong dijangka akan dikongsikan tidak lama lagi.


Komen ()